Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel

Mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai  pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. Mat Piah, Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka 'terkantoi' dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya.

Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.

Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Danial dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.